Wednesday, 12 November 2014

Rupabentuk Kediaman Yang Mana Menjadi Pilihan?

Teks: khairunnisa hamzahara

Apabila memiliki kediaman, pastinya setiap orang mahukan kediaman yang terbaik buat mereka sekeluarga. Biasanya dalam proses pembinaan kediaman, pastinya seseorang sangat risau akan rupabentuk bagaimana yang sesuai untuk kediamannya. Jika tersilap pilih pastinya perlu menghadap rupabentuk tersebut selamanya. Jadi sebelum membuat keputusan, kali ini saya kongsikan beberapa jenis rupabentuk kediaman untuk pengetahuan semua secara am. 

Konsep Moden

Gambar Dari Carian Google : Rumah berkonsepkan Moden

Apabila rumah berkonsepkan moden, rekabentuknya tidak dipengaruhi oleh mana-mana budaya. Ia direkabentuk secara terus, mudah dan biasanya berkotak-kotak. Kebanyakannya menggunakan bumbung rata dan dilengkapi dengan dinding kaca. Ia diminati oleh pelbagai golongan. Biasanya golongan muda yang lebih meminati konsep ini. Namun jika tidak berhati-hati atau terlalu berkotak, silap hari bulan, rekabentuknya boleh kelihatan seperti kilang. Oleh itu, perlu dititikberatkan setiap eleman yang digunapakai dan kawal saiz dinding, tingkap serta pintunya mengikut keperluan dan bersesuaian. Dari segi ruang di dalamnya ia bersifat terbuka dan setiap ruang dihubungkan secara langsung antara satu sama lain dan mungkin terdapat dua fungsi dalam satu ruang besar yang sama tanpa sekatan.


Konsep Inggeris

Gambar Dari Carian Google : Rumah berkonsepkan Inggeris
Rumah Konsep Inggeris sudah tentu berorentasikan rupabentuk dan senibina yang diketengahkan oleh masyarakat Inggeris. Rekabentuk ini sebenarnya mempunyai bumbung yang agak curam kerana bertujuan untuk menjatuhkan salji yang bakal menyelubungi bumbung apabila musim sejuk. Jika di bina di Malaysia, ia masih sesuai kerana ia bantu mengalirkan air hujan yang menimpa bumbung rumah apabila musim hujan. Warna-warna yang digunakan biasanya seperti warna biru, cokelat dan juga warna putih. Dari segi rekaletak ruang, ia kebanyakannya disusun secara privasi di mana ia berlorong dan setiap fungsi ruang terletak pada ruang yang dikhaskan. Tingkap dan pintu pula dibina satu persatu.

Konsep Tropikal

Gambar Dari Carian Google : Rumah berkonsepkan Tropikal
Apabila menyebut rumah tropikal, ia akan dikaitkan dengan iklim tropika terutamanya di kawasan garisan khatulistiwa. Iklim sebegini di lengkapi dengan musim panas dan hujan. Penerimaan cahaya yang banyak dan hujan yang banyak menyebabkan rekabentuk yang terhasil adalah seperti bumbung yang luas dan mempunyai beranda. Ini bagi memastikan bahang terik dan hujan lebat tidak terus masuk ke ruang dalam rumah menerusi tingkap, pintu mahupun bukaan lain. Jika di Malaysia, rekabentuk tropikal adalah yang terbaik kerana ia adalah rekabentuk yang terhasil berdasarkan iklim negara ini. Oleh kerana iklim tropikal menumbuhkan banyak pokok-pokok hijau, senibina dan rekabentuk ruang biasanya di hubungkan dengan persekitaran dan alam semulajadi bagi memanfaatkan alam yang menumbuh dan sekaligus meneduhkan rumah dari terik matahari dan menahan hujan yang lebat untuk terus membasahi tanah dan lantai.

Konsep Mediterranean   

Gambar Dari Carian Google : Rumah berkonsepkan Maditerrenean
Jika dilihat pada rekabentuk kediaman berkonsepkan Mediterranean, ia menggunapakai warna-warna yang tidak menjolok mata. Biasanya ia menggunakna warna-warna semulajadi seperti warna tanah(cokelat, jingga dan kuning telur)  dan warna putih. Bahan yang digunakan adalah menggunakan bahan alami iaitu seperti tanah liat, batuan dan juga kayu. Ini kerana konsep pembinaan mereka, apabila menggunakan bahan semulajadi dari daerah itu juga maka ia dapat menyejukan rumah dari kepanasan cuaca mereka yang melampau. Oleh kerana ia adalah gabungan gaya barat dan timur, ia mempunyai pelbagai jenis ornamen (ukiran dan corak) yang biasanya digunakan pada pintu, tingkap dan balkoni. Ya, konsep Mediterranean biasanya dilengkapi dengan balkoni. Rekabentuknya bersifatkan aman dan nyaman.

Konsep Bali 

Gambar Dari Carian Google : Rumah berkonsepkan Bali
Anda meminati konsep bali? Konsep Bali tidak dapat dipisahkan dengan air. Kerana air adalah elemen penting dalam rekabentuk Bali. Rekabentuk ruangnya mengikut aturan tata letak ruangan dan bangunan dalam Kitab Weda. Ada rumah adat yang tinggi dan rumah adat yang rendah. Setiap ruang ada fungsinya dan kawalan habanya di mana ada yang direndahkan bumbungnya dan ada yang ditinggikan bumbungnya. Rekaletak ruangnya menjurus kepada hubungan penghuni dengan pencipta. Sebab itu terdapat elemen tumbuhan dan air dalam rekabentuknya. Bahan yang digunakan biasanya dari alam seperti kayu dan batu-batuan dari gunung berapi. Binaannya menggunakan bahan yang kukuh dan alami. Jika ingin menggunapakai konsep ini, maka banyakan buat kajian. Di Malaysia, kebanyakan penghuni mengadu dengan konsep ini yang penuh dengan tumbuhan dan air menyebabkan penghuni dijangkiti demam denggi kerana jadi pembiakan nyamuk aedes. Oleh itu, jika menggunapakai konsep ini pastikan di kolam air ada membela ikan di dalamnya :)

Konsep Tradisional/Klasikal Melayu 

Gambar Dari Carian Google : Rumah berkonsepkan Tradisional/Klasikal Melayu
Konsep traditsional melayu klasik pula digunapakai mengikut rekabentuk rumah melayu tradisional. Di mana ia merupakan hasil senibina masyarakat Melayu dahulu yang membinanya mengikut aktiviti budaya melayu dan juga mengikut iklim semasa. Rumahnya ditinggikan dari tanah bagi menjadikan ia lebih sejuk kerana tanah panas apabila matahari terik. Rumah yang ditinggikan akan menjadi laluan angin yang menyejukan rumah. Elemen seperti tingkap dan pintu berkekisi (berlubang) untuk menghalang cahaya terik tetapi masih membenarkan angin masuk ke ruang bagi menyejukan ruang. Bumbung yang digunakan adalah bumbung limas atau bumbung curam bagi membenarkan air hujan lalu dengan lancar. Bahan yang digunakan seperti kayu keras kerana kayu menjadikan rumah lebih sejuk. Namun untuk rekabentuk moden, biasanya sudah ditukar kepada bahan sepeti batu batuan dan simen. Bagi masih menjadikan ruang di dalam rumah sejuk, pembinaan rapi boleh dilakukan iaitu menghasilkan dinding dua lapis menggunakan batuan di mana menghalang bahang terus ke ruang dalam rumah. Rekabentuk tradisional ini juga dilengkapi dengan berandah untuk santai keluarga dna menrima kunjungan tetamu.

Yang mana satu pilihan anda? Jika berminat untuk tahu lebih lanjut, anda boleh Google lain-lain cirinya. Anda pasti teruja dengan setiap ciri bagi konsep yang berlainan. Yang pasti, walau apa pun juga pilihan rupabentuk kediaman anda, anda perlu rancang dan berhati-hati terhadap:

1) Penggunaan Bahan
2) Pemilihan Warna
3) Interaksi antara ruang di dalam rumah
4) Interaksi antara ruang dalam dan luar rumah
5) Ruang yang wujud dapat menampung keperluan dan aktiviti seluruh penghuni

Kediaman yang dirancang dengan berhati-hati pastinya akan menjanjikan kepuasan dan berbaloi. Jadi, jangan malas untuk merancang. Jika anda tidak mampu merancangnya, lantiklah jurubina professional untuk merealisasikan kediaman impian anda. Namun, seeloknya pastikan anda mempunyai pengetahuan tentang gaya dan keperluan rekabentuk kediaman anda walau sedikit. Kerana akhirnya kediaman ini akan diduduki oleh anda sekeluarga. Jadi ia perlu selesa dan memenuhi keperluan anda sekeluarga.

Sampai di sini dahulu, insyaAllah saya akan kongsikan info dan tips yang lain berkenaan kediaman idaman kita semua pada akan datang. Jazakallah

Khairunnisa Hamzahara
Senibina Kehidupan Di Rumah

Dapatkan EBOOK PANDUAN KEDIAMAN PERTAMAKU (RM55) dengan membuat pembelian di sini http://khairunnisahamzahara.blogspot.com/p/borang-tempahan.html

Untuk dapatkan khidmat rekabentuk kediaman boleh berkunjung ke http://rekabentuk3donline.blogspot.com

Perlukah Menghias Rumah?

Teks: khairunnisa hamzahara



Mungkin ada di antara anda yang tertanya-tanya sama ada perlu atau tidak untuk anda menghias rumah anda sekrang ini. Lebih-lebih lagi yang mempunyai anak kecil. Kebiasaannya mereka yang mempunyai anak kecil berfikiran bahawa tidak perlu menghias rumah kerana ianya akhirnya akan dirosakan oleh anak-anak kecil mereka.

Apa pendapat anda jika saya katakan bahawa menghias kediaman adalah perkara yang perlu dilakukan oleh setiap pemilik sesebuah rumah? Mengapa? Baiklah, saya akan cuba kupaskan di sini tentang mengapa kita perlu menghias rumah kita semua.

Ada 5 Faktor yang menyebabkan kenapa kita perlu menghias rumah

1. Membentuk Disiplin Keluarga

2. Menjadikan Diri dan Keluarga Lebih Berkeyakinan Tinggi

3. Mewujudkan Persekitaran Yang Selesa dan Menarik

4. Lebih Produktif dan Cemerlang

5. Dihormati oleh tetamu

Membentuk Disiplin Keluarga

Sebenarnya, dengan kebiasaan menghias rumah, secara tidak langsung akan menjadikan ahli keluarga lebih terdidik dan berdisiplin dengan susunatur dan tatahias rumah. Bagi yang risaukan akan "sentuhan" anak kecil masing-masing, mulakan menghias rumah dari sebelum melahirkan anak lagi. Apabila lahirnya anak, dari zaman bayi lagi, dia telah melihat persekitaran rumahnya yang berhias dan sudah tahu akan di mana setiap kedudukan perhiasan dan apa fungsinya. Ia menjadikan anak tidak "jakun" terhadap hiasan rumah baik di rumah sendiri mahupun di rumah orang lain.

Sebaliknya, anak yang tidak didedahkan dengan rumah yang berhias, lebih cenderung mengusik barangan hiasan di rumah orang lain kerana ia tidak biasa dengan perhiasan di rumahnya. Sekiranya anak-anak memegang barang perhiasan atau mengalihkan barangan tersebut, ibu bapa boleh meminta anka untuk letakan kembali ke tempat asalnya dan terangkan akan mengapa ia diletakan di situ dan apakah fungsinya.

Menjadikan Diri Dan Keluarga Lebih Berkeyakinan Tinggi


Bagi mereka yang biasa menghias rumah, percayalah, bahawa tahap keyakinan yang ada dalam diri mereka lebih tinggi berbanding mereka yang tidak pernah menghias rumah. Pemilihan, perletakan dan susun atur hiasan rumah menjadikan seseorang itu lebih kreatif dan bijak membuat keputusan. Ia juga memberikan keyakinan yang tinggi dalam membuat keputusan sendiri mahupun secara bersama ahli keluarga. Kebiasaan ini akan menjadikan setiap mereka bijak membuat keputusan di mana-mana dan di dalam pelbagai aspek kehidupan. 

Jika tidak pernah menghias rumah, anda perlu cuba hari ini. Kerana apabila mencuba, barulah anda dapat merasakan daya kreativiti anda sedang diuji. Ia bukan sekadar memilih barang tetapi bagaimana untuk dipadankan dengan barangan lain disekelilingnya dan apakah peranannya pada ruang tersebut. Untuk mendapatkan hiasan rumah yang menarik, ianya perlulah bukan sekadar rupa tapi membawa maknanya tersendiri. Jadi, adakah ia menjadikan anda kreatif dan berkeyakinan tinggi? Ya, tentu sekali!

Mewujudkan Persekitaran Yang Selesa Dan Menarik

Ramai orang menjangkakan bahawa setiap ahli keluarganya terutamanya pasangannya boleh menerima keadaan kediaman mereka seadanya tanpa risau hal menghias rumah hari demi hari. Namun, rata-rata para suami mengeluh dan mengadu kepada sahabat atau ahli keluarganya yang rumahnya tidak secantik rumah mereka apabila berkunjung di rumah mereka. 

Ini bermakna, mereka juga mempunyai keinginan untuk mempunyai kediaman yang selesa dan menarik seperti orang lain. Apabila rumah berhias, ia menjadikan setiap ruang itu selesa dan menarik. Cuba anda fikirkan, yang mana satu yang akan menjemput ahli keluarga tidak sabar untuk pulang ke rumah? Rumah yang kosong dan suram atau rumah yang menarik dan berhias? Tentu sekali yang menarik dan berhias, bukan? Jadi, tibalah masanya untuk anda ambil tahu cara untuk menghias rumah dan bukan sekadar membersihkan rumah semata-mata.

Lebih Produktif Dan Cemerlang


Apabila penuh berkeyakinan tinggi, kreatif, ceria untuk pulang, rumah selesa, maka pasti ia akan menjadikan seseorang itu lebih produktif dan cemerlang. Pernah tak anda mendengar kata-kata ini "Keceriaan Itu Bermula Dari Rumah". Jadi adalah penting untuk ceriakan rumah bagi menceriakan seisi penghuninya. 

Selain itu, rumah yang kemas dan berhias, menjadikan minda seseorang lega dan tenang. Apabila mempunyai minda yang tenang, seseorang boleh menjadi jauh lebih bersemangat dan melangkah keluar rumah dengan minda yang segar. Kesegaran ini menjadikan hari-harinya lebih bersemangat dan membawanya kepada sifat produktif yang akhirnya menjadikannya cemerlang dalam melakukan apa saja pada hari tersebut.

Dihormati Oleh Tetamu

Mahu atau tidak anda dihormati oleh tetamu? Atau anda tidak kisah apa pandangan tetamu terhadap anda dan keluarga? Baiklah, saya kongsikan pengalaman saya sendiri berkunjung ke rumah sahabat. Rumahnya kosong, beralaskan tikar sahaja. Bukan kerana tidak mampu malah jauh dari mampu. Apabila ditanya mana pergi sofanya, katanya dia hantarkan sofa tersebut ke rumah ibu bapanya kerana risau sofa itu rosak dek kerana di panjat-panjat oleh anaknya. Jadi jangan ditanya tentang perhiasan rumah kerana kelengkapan asas juga tidak dilengkapkan di rumah ini. Apa pandanagn tetamu apabila masuk ke rumah ini dan menerima penjelasan seperti ini? Bagi saya, ia seolah-olah ibu bapa tersebut tidak punyai masa untuk mengajar anaknya untuk tidak panjat sofa dan duduk dengan baik jika di sofa. Kerana mendidik anak sememangnya memakan masa. Mereka tidak akan terus mendengar kata kita pada saat itu tapi jika kita sabar mendidik, lama-kelamaan mereka juga sudah penat memanjat. Malah mungkin mereka pula yang akan menasihati anak tetamu untuk duduk baik-baik di sofa ibu nya.

Apa pula pendapat tetamu apabila melihat rumah kita bersih dan berhias? Sudah pasti tetamu akan berkata di dalam hatinya, tuan rumah ini seorang yang rajin dan bagus sekali. Dan mereka akan menghormati kita dalam perbualan dan tingkah laku. Mungkin bagi mereka, mereka sedang berhadapan dengan seseorang yang teliti dan sangat baik kehidupannya. Tidak kah anda mahu seperti itu? Lebih-lebih lagi terhadap sahabat dan saudara-mara. Kita perlu memberikan imej yang baik bagi menutupi kekurangan dan aib keluarga terutamanya suami. 

Jadi, mulai hari ini, anda perlu mengambil kira bahwa anda bukan sahaja perlu menghias diri sendiri, malah perlu menghias rumah sebaiknya. Apabila menghias diri sendiri, kebaikannya hanya pada diri sendiri. Apabila menghias kediaman keluarga, kebaikannya akna diperoleh seisi keluarga. Saya percaya anda semua boleh lakukannya!!

10 Tips Projek Menghias Dalam Rumah

1. Buat pilihan warna yang bijak. Setiap warna melambangkan perasaan dan motif yang berlainan. Ambil tahu tentang maksud disebalik warna dan apakah peranannya terhadap manusia.

2. Menghias sekadar perlu. Tidak terlalu penuh dan sesak. Tidak pula terlalu sedikit atau kosong.

3. Sebolehnya menggunakan barang atau kelengkapan yang mempunyai fungsi atau mempunyai maksud yang tersirat. Biar ia bukan sekadar sedap dipandang mata tetapi ada maksud disebaliknya.

4. Saling berbincang dan bertanya antara satu sama lain dengan ahli keluarga. 

5. Banyakan membuat kajian di majalah dekorasi kediaman atau Google saja imej-imej ruang yang telah siap ditatarias bagi mendapatkan idea

6. Pastikan saiz skala kelengkapan dan perhiasan rumah berpatutan. Tidak terlalu kecil atau tidak terlalu besar. Jika inginkan sesebuah perhiasan yang besar, pastikan hanya ia sahaja yang besar di ruang tersebut bagi mewujudkan efek dominan.

7. Untuk mudah menghias rumah, pastikan setiap ruang mempunyai hiasan dinding atau diwarnakan.

8. Dan setiap ruang juga perlu ada perhiasan seperti, lampu kaki, hamparan, bunga, artifak , lukisan atau bingkai gambar

9. Pastikan susunatur tidak mengganggu sirkulasi bagi mengelakan bahaya kepada orang lain

10. Kerap mengubah susnatur bagi mendapatkan idea susunatur yang lebih baik. "Practice Make Perfect!"

9 Elemen Untuk Projek Menghias Luar Rumah


Dari luar lagi sudah perlu menghias rumah, bukan dibiarkan kosong. Tips untuk ruang luar rumah kelihatan menarik dan ceria, pastikan ia mempunyai gabungan berikut:

a)Pasu
b)Bunga
c)Pokok Hijau
d)Rumput
e)Kerusi rehat
f)Meja Minum
g)Batu-batuan
h)Air pancut
i)Kolam ikan

Biarpun kecil atau murah, namun ia akan menjadi ceria dan menarik jika digabungkan antara satu sama lain. Tidak semestinya rumah banglo saja boleh jadi menarik, jika anda mempunyai kediaman teres atau rumah flat sekaliun, anda masih boleh lengkapkan satu sudut kecil di sebelah luar rumah dengan perkara-perkara yang disenaraikan di atas. Cuba lakukan!

Selamat Maju Jaya!

Khairunnisa Hamzahara
Senibina Kehidupan Di Rumah

Untuk tempahan rekabentuk kediaman, boleh buat di sini:
http://rekabentuk3donline.blogspot.com

Anda kini Boleh Belajar Bina Blog 
Untuk daftar, PM di Facebook Khairunnisa Hamzahara

Dapatkan Ebook Khairunnisa Hamzahara:
1) Ebook Panduan Kediaman Pertamaku (RM50)
2) Ebook Rahsia Teknik Branding Untuk Diri Dan Perniagaan (RM55)
3) Ebook Tips Ibu Boleh Bekerja dan Berkarya Dari Rumah (RM45 sah sehingga 15 NOV 2014- Nilai asal RM55)
Tempahan Ebook boleh dibuat di sini: http://khairunnisahamzahara.blogspot.com/p/borang-tempahan.html




Jadi Suri Rumah Juga Boleh Berbakti


Assalamualaikum, saya Khairunnisa Hamzah, merupakan arkitek graduan yang pernah berkhidmat di firma swasta dan agensi kerajaan sebagai arkitek. Saya mula memasuki kelas blog puan Masayu Ahmadpada bulan mei 2013, setelah satu tahun bergelar suri rumah sepenuh masa dan menjalankan perniagaan cheesetart dari rumah ketika itu sambil membuat rekabentuk kediaman kenalan terdekat. Di mana ketika itu saya terumbang ambing berhenti kerja dengan notis 24jam sahaja kerana masalah penjagaan anak yang sakit ketika itu. Alhamdulillah dengan menyertai kelas blog, puan masayu guide saya untuk kembali yakin berkongsi tentang senibina. Justeru itu saya buka blog bertajuk Panduan Untuk Kediaman Idaman (http://khairunnisahamzahara.blogspot.com).

Sebelum menyertai kelas blog puan masayu, saya pernah masuk pertandingan rekabentuk kediaman dan tersiar di majalah impiana tahun 2011. Tahun 2012 semakin nampak taringnya apabila saya keudara di rancangan safiyya tv9 berkongsi tentang bekerja sebagai petekabentuk dari rumah. Tahun 2013, saya ditemuramah pula dengan majalah midi dan mingguan wanita. Setelah menyertai jemaah abdr, alhamdulillah menerima lagi temuramah dari pelbagai majalah seperti majalah Nur, Mingguan wanita dan era muslimah. saya juga keudara sekali lagi di tv3,mhi berkongsi tentang bisnes homestay. Semuanya gara-gara blog yg berada di no1 dalam carian Google. Alhamdulillah.

Saya mula menjadi guru online Akademi Bekerja Di Rumah di bawah puan masayu selepas beberapa bulan menyiapkan blog. Kemudian mempunyai berpuluh protege. Setelah ada kekuatan, saya beranikan diri untuk membuat kelas dan seminar secara live. Akhirnya pada mei 2014, saya telah melangkah keluar dari zon selesa dan mendaftar syarikat serta sedang bergerak ke depan lagi untuk menjalankan aktiviti penyebaran ilmu senibina kehidupan di rumah dan merekabentuk kediaman orang ramai.

Oh ya, puan masayu berikan keyakinan untuk saya wujudkan ebook pertama iaitu panduan kediaman pertamaku dan kini alhamdulillah, saya boleh wujudkan ebook ebook yang lain dengan mudah. Ebook yang sudah keluar seperti ebook rahsia teknik branding untuk diri dan perniagaan adalah ebook kedua dan insyaallah lagi tiga hari keliar ebook ketiga iaitu tips ibu boleh bekerja dan berkarya dari rumah. Insyaallah juga akan dilancarkan website perkhidmatan saya sebagai perunding senibina kehidupan di rumah dengan nama website yang bakal dimaklumkan kelak. Ia masih dalam pembikinan dan dalam pendaftaran logo.

Terima kasih pada puan masayu, sahabat guru online, semua protege yang dirindui dan jemaah abdr yang lain. saya doakan abdr menjadi perintis kepada kekuatan suri rumah di malaysia. Mana tahu akan datang indonesia, singapore dan brunei juga 


Selamat maju jaya semua. Moga anda semua berjaya dan berbahagia dunia dan akhirat. Aminn

Khairunnisa Hamzahara
Senibina Kehidupan Di Rumah

Siapa anda? Tinggalkan jejak anda di ruang komen di bawah ;)

Dapatkan Ebook berikut untuk rujukan dan pengetahuan anda terutamanya bagi yang mahu bergelar WAHM (working at home mother)



(RM55 : Tempah Di sini : http://khairunnisahamzahara.blogspot.com/p/borang-tempahan.html)


(RM45 (pre order) harga asal RM55 sehingga 15 NOV 2014 sahaja)
: Tempah Di sini : http://khairunnisahamzahara.blogspot.com/p/borang-tempahan.html)