Friday 30 January 2015

Belajar Menulis Ebook Secara Santai

Teks: khairunnisa hamzahara


DAFTAR DI SINI
Mari mula menulis.
Saya percaya ramai yang mampu buat perkongsian di bidang masing-masing.
Terutamanya bekas pelajar dan peserta seminar dan bengkel saya selama ini sama ada yang pernah belajar secara offline atau online.

Siapa jua anda,

Nak tak kalau saya :
1- ajar cara menulis
2- pilih kan tajuk
3- buatkan cover
4- formatkan penulisan secara digital
4- guide cara marketing
5- bergabung bersama saya untuk buat hebahan di pelbagai medium pemasaran termasuk di platform saya sendiri

Jika anda berminat.
Jom kita mula.
Yang serius mahu sahaja boleh email saya untuk dapatkan maklumat lanjut.

NOW OR NEVER!
Now Everyone Can Write!
Khairunnisa Hamzah
Senibina kehidupan di rumah

Belajar Buat Blog Secara Online

Teks: khairunnisa hamzahara


DAFTAR SEKARANG
JUMPA ANDA DI DALAM KELAS ONLINE NANTI!

Ada Yang Mahu Belajar Buat Blog?
Alang-alang berblog buat betul-betul sampai berbaloi ! 
wink emoticon

JOM BUAT BLOG!
Belajar buat blog secara santai. 
100% Online
Ikut kelapangan masa masing-masing
Mahu Buat Blog Apa?
Anda akan di Guide 
--------------------------------------------------------------------------------
Saya jual cheesetart online masa berhenti kerja tiba-tiba 2 tahun yang lalu! Kemudian, Allah tunjukan kembali jalan untuk ke trek asal saya iaitu di bidang rekabentuk dan senibina. Siapa sangka rezeki mencurah-curah sebaik berBLOG di alam maya. Bukan sekadar menulis, malah berpendapatan dan masih meneruskan kerjaya walau hanya dari rumah. Tanpa disangka hari demi hari blog saya menjadi ikutan ramai dan dipandang oleh Media Massa. Angan-angan Mat Jenin dahulu kini menjadi kenyataan. Tersiar di Majalah, Suratkhabar dan Rancangan TV tempatan bukan lagi mimpi. Untuk kerjaya seperti saya, penting untuk diketahui ramai. Di kehadapan oleh media massa tanpa bayaran adalah REZEKI BESAR untuk dikenali ramai. Malah saya juga di lamar menjadi penulis bebas di majalah tempatan dan menulis artikel di surat khabar serta berkongsi tips di televisyen!!

Ia bukan perkara yang tidak disengajakan. Ia adalah perancangan hebat yang Maha Berkuasa. Namun, ia bukan hanya boleh terjadi kepada saya seorang sahaja. Sudah ramai peserta yang saya latih berblog secara online. Satu demi satu mula naik di persada alam maya. anda berani HIDUP LUAR BIASA?
-----------------------------------------------------------------------------------------
DAFTAR SEKARANG
JUMPA ANDA DI DALAM KELAS ONLINE NANTI!

Wednesday 28 January 2015

Panduan cara-cara memasang wallpaper corak brickwork di ruang ala-ala kafe

Teks: khairunnisa hamzahara



Sudah lama saya teringinkan ada satu sudut di rumah yang ala-ala Kafe. Perkara pertama yang timbul di benak fikiran saya adalah dinding batu bata (brickwall). Dari awal proses menghias rumah, saya sudah bincangkan dengan encik suami untuk mengadakan satu dinding batu-bata tanpa plaster. Namun proses mencari kontraktor dan jadul kami yang padat ke sana-sini menyebabkan projek itu tergendala.

Namun pada Bulan Puasa yang lepas, tahun 2014, saya telah diilhamkan oleh Allah untuk meletakan status di Facebook dan bertanyakan tentang Wallpaper corak brickworks di facebook peribadi saya. Syukur Alhamdulillah, PUAN NORAZAM  BINTI BABA muncul dan pelawa untuk menaja wallpaper brickwalls kepada sudut ruang kecil yang saya mahu jadikan Kafe ini. Kecil tapak tangan, satu dinding saya sediakan ;)

Rupanya tak lah sesusah mana untuk memasang wallpaper ini sendirian berhad. Selalunya akan ada service pemasangan wallpaper dari kedai. Sama ada percuma atau perlu bayar perkhidmatan pemasangan tersebut. Oleh kerana lokasi saya dan puan penaja agak jauh, saya dan puan penaja setuju untuk menggunakan perkhidmatan pos bagi menyampaikan wallpaper itu kepada saya. Dan saya terus melantik "boss" saya sebagai tukang pasang wallpaper. (Jimat kos)

Bagi yang turut ingin membuat projek Pemasangan wallpaper sendiri, saya berikan sedikit panduan untuk anda mulakannya di rumah.


1. MEMBUAT PESANAN ONLINE


Saya cadangkan untuk membuat pesanan dengan 
kerana mudah berurusan dengan beliau.
Melalui personal message facebook saja pun beliau boleh memenuhi kehendak kita.
Puan Norazam juga akan berikan imej-imej corak wallpaper di personal message facebook atau boleh komunikasi dengan whatsapp. 
Apapun, klik pada nama nya yang tertera di atas untuk ke facebook beliau.

Penghantaran melalui pos laju siap dengan serbuk GAM wallpaper.
Pembungkusannya baik dan selamat tiba ke destinasi dalam keadaan yang elok.
Jadi tidak perlu khuatir.

Lagi satu, kualiti wallpapernya adalah kualiti yang baik.
Jika silap memilih, anda hanya dapat wallpaper yang berupa sticker. 
Buka lapisan belakang dan tampal.
Wallpaper sebegini nipis dan mudah koyak.
Saya sarankan memilih wallpaper dari puan di atas ;)
InsyaAllah puas hati.

Alamat perniagaannya adalah seperti berikut:
SWEETHOME IDEA & DECO
BLOCK F 3-6, JALAN AU 1B/1,
 TAMAN KERAMAT PERMAI,
 54200 KUALA LUMPUR
TELEPHONE : 019 209 5383 / 010 217 7001
FB page : Islamic Interior Gallery        Blog : http://sweethomeidea.blogspot.com


2. SET WALLPAPER SAMPAI KE RUMAH



Inilah rupa set wallpaper yang sampai ke rumah saya. Ia berada dalam keadaan yang baik. Disertakan sekali dengan GAM wallpaper yang dikenali sebagai PURE WALLPAPER ADHESIVE. Tak perlu susah mencari GAM di kedai hardware sebab kemungkinan tersilap pilih gam, maka projek tak dapat dijalankan. Dengan puan Norazam, mudah, gam wallpaper telah disertakan sekali. Hanya tinggal untuk dibancuh saja.

3. PILIH DINDING UNTUK PROJEK WALLPAPER

Sebelum memulakan projek, pastikan dahulu keputusan anda adalah muktamad atau tidak untuk make over dinding yang dipilih. Lihat semula corak yang tiba dan perhatikan sama ada ia benar-benar sesuai di dinding yang dicadangkan atau lebih sesuai di dinding yang lain. Sebaik wallpaper ini ditampal, anda tidak boleh membuka semula wallpaper ini. 

4. BERSIHKAN DAN RATAKAN DINDING

Dinding yang dipilih perlu dibersihkan. Sebaik-baiknya dinding rata dan tidak ada sebarang ketulan yang akan menyebabkan wallpaper yang dipasang tertimbul dan berbukit-bukit. Ia juga bagi memastikan wallpaper melekat dengan baik

5. BUKA GULUNGAN WALLPAPER



Buka gulungan wallpaper dengan berhati-hati. AWAS! ia mudah terkoyak jika anda berlaku kasar dengannya. Jangan biarkan anak-anak membuka gulungan. Hanya tolakan saja gulungan tersebut di atas meja panjang atau lebih mudah di atas lantai.


6. BANCUH GAM DENGAN BETUL



Kemudian, ambil bekas yang besar dan masukan air ke dalam bekas tersebut mengikut sukatan yang diberikan. Masukan serbuk gam perlahan-lahan (bukan tuang terus semua, akibatnya akan berketul2 seperti di dalam gambar). Sambil tuang sedikit demi sedikit serbuk gam tersebut, anda perlulah mengacaunya. Biar ia sebati bersama air tadi sehingga menjadi cecair pelekat yang berlendir dan pekat. Jangan risau, ada arahan di plastik. Ikut saja arahan yang diberikan. Jika gam berketul-ketul, tekan dengan perlahan untuk hancurkan ketulan tersebut. Gaul sehingga rata dan biarkan untuk seketika. Jangan sapu terus!


7. UKUR DAN TANDA DI DINDING



Sementara menunggu bancuhan gam tadi sebati, buatkan garisan penanda di dinding kerana apabila pertama kali menampal wallpaper, anda mungkin berasa agak cemas sehingga menyebabkan wallpaper dipasang senget. untuk elakan wallpaper di pasang senget, ambil pita pelekat dan tampal di sepanjang garisan permulaan dan penghabisan sebagai penanda (ini jika projek dinding di bahagian tengah). 

8. TERBALIKAN WALLPAPER



Untuk mulakan sapuan gam, terbalikan wallpaper tadi. Sebelum terbalikan, alaskan dengan kain di bahagian coraknya agar tidak rosak. Bersedia untuk menyapu gam.


9. SAPUKAN GAM & LIPAT 2 BAHAGIAN



Sapukan gam dengan menggunakan berus roller atau berus biasa. Sangat mudah jika menggunakan berus roller. Cepat siap. Sebaik selesai sapukan secara rata pada keseluruhan permukaan belakang wallpaper tersebut, lipatkan wallpaper kepada 2 bahagian sama panjang. Ini bagi memudahkan anda mengangkat wallpaper tersebut dan mengurangkan regangan ketika di angkat kerana regangan boleh menyebabkan wallpaper tersebut terkoyak.


10. TAMPAL KE DINDING UNTUK BARISAN PERTAMA



Anda pasti perlukan tangga untuk memasang dari atas. Ya, mulakan pemasangan dari atas turun ke bawah. Minta pembantu pegang dahulu wallpaper tersebut. anda naik tangga dan kemudian pembantu serahkan wallpaper pada anda. Buka sebelah lipatan dan lekatkan di bahagian dinding atas sekali.. Kemudian, ratakan bahagian atas itu dengan kain.

Selepas itu, perlahan-lahan turunkan baki wallpaper dan buka lipatan sebelah lagi sehingga turun ke aras paling bawah. Apabila ada lebihan, ambil gunting dan guntingkan bahagian lebihan tersebut dan kemudian tampal rapat ke dinding dan tekannya dengan kain.

11. SAMBUNG TAMPAL UNTUK BARISAN KEDUA DAN SETERUSNYA



Untuk tampalan barisan kedua, pastikan corak sambungan adalah sama. Jangan tampal sesukahati atau tampal seperti tampalan pertama tadi. Anda perlu sambungkan coraknya. Mungkin akan berlaku pemotongan di bahagian atas kerana corak sambunga berada sedikit ke bawah. Cantumkan corak dengan baik. Wallpaper yang cantik adalah wallpaper yang tidak nampak kesan sambungnnya. Bagaimana? iaitu dengan cara menyambung corak dengan baik.


12. BERSIH DAN RATAKAN



Setelah siap dipasang kesemua barisan wallpaper dengan cantuman corak yang betul, ratakan gam dengan cara menyapu permukaan wallpaper dengan kain secara perlahan-lahan. Jika ada bahagiian yang tidak kena gam, selitkan gam ke dalamnya.

13. NIKMATI HASIL PENAT LELAH ;)



Tunggu seharian terlebih dahulu sebelum anda mendekorasi dinding tersebut dengan elemen lain di atas wallpaper. Biarkani a kering dengan baik dan tampakl dengan kuat baru anda boleh mulakan projek dekorasi di atasnya. 

Projek ini belum siap lagi, kerana saya mahu pasangkan rak buku masakan dan rempah ratus di bawah jam yang tergantung itu!

Selamat Mencuba!
Mudah saja.
Yang pasti memang penat dan berpeluh.
Tapi hasilnya menggembirakan hati dan mengagungkan tetamu!

Untuk dapatkan kesan yang lebih dramatik, binakan platform dahulu bagi membentuk impak 3d dinding tersebut. Jika tidak ia kelihatan 2D sahaja. 



DAPATKAN HARGA PROMOSI DARI :

SWEETHOME IDEA & DECO
BLOCK F 3-6, JALAN AU 1B/1,
 TAMAN KERAMAT PERMAI,
 54200 KUALA LUMPUR
TELEPHONE : 019 209 5383 / 010 217 7001
FB page : Islamic Interior Gallery        Blog : http://sweethomeidea.blogspot.com

Untuk dapatkan harga promosi ini , Masa menempah, sebut yang anda adalah pembaca blog 
PANDUAN KEDIAMAN MILIK KHAIRUNNISA HAMZAHARA





Nak cepat, terus saja PM PUAN NORAZAM BINTI BABA di personal facebooknya. Roger tokey lagi mudah, kan? ;)


Khairunnisa Hamzahara
Senibina Kehidupan Di Rumah
Dapatkah khidmat rekabentuk 3d kediaman di sini:  http://rekabentuk3donline.blogspot.com/ 
Dapatkan ebook rahsia, tips dan panduan di sini: Ebook Rahsia Teknik Branding Untuk Diri dan Perniagaan : http://rahsiabranding.blogspot.com/ 
Dapatkan Ebook Panduan Kediaman Pertamaku di sini: http://kediamanpertama.blogspot.com/

MAHU SAYA REVIEW PRODUK ANDA YANG BERKAITAN DENGAN KEDIAMAN?
JANGAN MALU UNTUK HUBUNGI SAYA.
SAYA SUKA KONGSIKAN BARANG YANG BAIK DENGAN ORANG RAMAI ;)

Tuesday 20 January 2015

PERKONGSIAN DI HARIAN METRO TAHUN 2015

Teks: khairunnisa hamzahara



Malam yang hening ini baru teringat akan perkongsian yang pernah dibuat dengan wartawan harian metro tentang isu keselamatan kanak-kanak. Menurut wartawan tersebut, ianya akan dikeluarkan di harian metro Sabtu 17 Jan 2015. Tapi terlupa pula untuk beli dan baca. Malam ni buka harian metro online dan mencari perkongsian tersebut. Ada lah kenangan 
smile emoticon
Panjang punya sesi interview dan jawapan, pendek saja yang ditulisnya. Apapun, biar sedikit tapi membawa manfaat. insyaallah

Untuk baca perkongsian yang lebih terperinci tentang kediaman mesra kanak-kanak boleh baca di sini: http://khairunnisahamzahara.blogspot.com/2015/01/tips-dan-panduan-merekabentuk-rumah.html

Thursday 15 January 2015

Tips Dan Panduan Merekabentuk Rumah Selamat Dan Mesra Kanak-Kanak

Teks: Khairunnisa hamzahara



Pada hari selasa yang lalu, saya mendapat email dari seorang wartawan Harian Metro untuk berkongsi tips dan panduan tentang rumah yang selamat diduduki oleh kanak-kanak. Oleh itu, saya turut kongsikan di sini bagi pengetahuan umum terutamanya pembaca blog yang turut sedang mencari info tentang ciri-ciri rumah yang selamat diduduki oleh anak-anak.

Berikut adalah soalan Temuramah dari wartawan Harian Metro dan jawapan ringkas dari saya. Sekiranya ada pertanyaan lanjut, boleh email saya selepas membacanya ya. 

1) Apa ciri-ciri keselamatan yang perlu ada pada kediaman untuk memastikan ia selamat didiami kanak-kanak.

Sudah menjadi lumrah kanak-kanak adalah bersifat aktif dan ingin mencuba. Mereka juga sentiasa berfikiran positif dan yakin boleh melakukan. Oleh itu, perlu berhati-hati dan mengelakan sebaik mungkin risiko bahaya yang boleh berlaku pada kanak-kanak di rumah. Antara ciri-ciri keselamatan yang perlu dititikberatkan demi keselamatan dan kesejahteraan kanak-kanak di rumah adalah :

1- Sentiasa Tenang apabila selamat dan berbunyi apabila berisiko
2- Tiada Peralatan Melimpah (Peralatan tersimpan cermat)
3- Keselamatan terjamin sehingga luar sempadan rumah
4- Segala Lubang Aliran ditutupi
5- Perabot dan kelengkapan rumah mesra dengan kanak-kanak
6- Dilengkapi dengan Pagar Keselamatan
7- Tali Langsir dan Tirai tidak mudah dicapai
8- Tingkap Dan Pintu tidak mudah dibuka luas atau dipanjat
9- Mengelakan Risiko Keracunan
10-Mengelakan Risiko Kelemasan
11- Mengelakan Risiko Kebakaran
12- Dilengkapi Persediaan Untuk Kecemasan
13- Mengurangkan penggunaan kaca dalam bahan binaan
14- Mengelakan rekabentuk binaan atau elemen yang mudah dipanjat
15- Suis dan barangan elektrik berada di kedudukan yang tinggi dan sukar dicapai oleh kanak-kanak

Ciri-ciri keselamatan ini boleh disediakan semasa di awal kehamilan di mana memastikan tahap keselamatan anak di rumah ketika bayi, ketika boleh merangkak, ketika bertatih, ketika boleh berjalan, ketika boleh berlari, ketika boleh memanjat dan ketika sudah boleh berfikir dan mempunyai idea-idea luar biasa.







2) Bagaimana cara memilih perabot yang bersesuaian? Adakah ia mempengaruhi ciri keselamatan kediaman?

Sekiranya anak-anak masih kecil, ibu bapa boleh memilih perabot yang mesra dengan kanak-kanak di rumah. Misalnya sekiranya memilih meja , pilihlah yang tidak mempunyai bucu yang tajam. Meja yang mempunyai bucu yang bulat dapat mengurangkan kemalangan yang serius apabila anak kecil terlanggar bucu meja tersebut berbanding meja yang mempunyai bucu yang tajam.



Jika mempunyai anak-anak yang aktif, dalam pemilihan perabot, elakan memilih perabot yang tinggi dan keras. Sebaliknya memilih perabot yang rendah dan lembut. Misalnya sofa, pilih sofa yang rendah dan dibuat dari material yang lembut seperti bantal. Ia akan melantun dan membentuk mengikut jisim yang jatuh ke atasnya berbanding sofa yang mempunyai material kayu atau besi.


Untuk keselamatan, lebih baik mempunyai perabot bina dalam (built in kabinet) berbanding perabot boleh alih. Ini kerana apabila mempunyai perabot siap bina dan tidak boleh bergerak, ia mengurangkan risiko untuk kanak-kanak menggunakannya untuk bermain dan memanjat. Misalnya almari rak buku bertingkat gemar dipanjat oleh kanak-kanak. Bagi almari rak buku yang boleh alih, ia mempunyai risiko untuk terbalik dan menghempap kanak-kanak. Ia juga boleh ditarik oleh kanak-kanak untuk dijadikan tangga bagi mereka mudah memanjat balkoni atau tingkap. Selain itu, mempunyai perabot kabinet bina dalam mengurangkan risiko anak-anak terjumpa barang-barang pertukangan atau alatan yang membahayakan. Jadi adalah baik untuk mempunyai perabot bina dalam bagi menyimpan alatan pertukangan dan alatan lain yang bahaya digunakan oleh kanak-kanak. Awas! Usah biarkan ianya mudah dicapai oleh kanak-kanak. Kerana sudah lumrah anak-anak suka mencuba untuk bermain.



3) Apa bentuk rekaan kediaman yang selamat untuk kanak-kanak.

Tips terbaik semasa merekabentuk kediaman adalah, perekabentuk atau ibu bapa menurunkan badan dan pandangan ke bawah. Jika perlu, cuba merangkak. Ini bagi membayangkan apakah kemungkinan yang boleh terjadi kepada anak-anak dengan ketinggian merangkak dan berdiri mereka. Apakah yang akan menarik minat mereka untuk mencapai atau mencuba dengan ketinggian mereka itu. Dengan cara ini kita boleh mengenal pasti rekaan yang sesuai untuk kediaman agar mesra dengan kanak-kanak seperti:

1- Tiada sebarang suis di ketinggian boleh capai kanak-kanak samaada merangkak atau berdiri
2- Tiada sebarang elemen boleh dipanjat di ketinggian merangkak dan berdiri kanak-kanak
3- Tiada sebarang lubang yang boleh dilepasi oleh anak-anak dari saiz bayi hingga saiz kanak-kanak
4- Tangga tidak boleh dinaiki atau dituruni oleh kanak-kanak sendiri (Misalnya mempunyai pintu atau pagar)
5- Dipasang sistem penggera atau bunyi yang aktif di laluan atau ruang yang berisiko (misalnya kolam renang) apabila mengesan pergerakan masuk ke ruang tersebut. Ini dapat memberitahu orang dewasa di mana anak tiba-tiba hilang dari pandangan dan ketempat yang membahayakan.
6- Tidak mempunyai sebarang bucu yang tajam baik di dinding, tangga, mahupun perabot.
7-Tidak menggunakan elemen cermin dan kaca dengan banyak kerana ia membahayakan kanak-kanak ketika berlari atau terjatuh.
8- Pintu dan tingkap mempunyai renggangan bagi mengelakan kanak-kanak tersepit jari ketika bermain pintu dan tingkap. Sebaiknya sukarkan bukaan dan tutupan pintu bagi mengelakan kanak-kanak bermain atau keluar masuk sendirian.

Namun begitu perlu dikaji dengan sebaiknya kerana sudah ada kes di mana apabila berlakunya kebakaran, di mana kanak-kanak tinggal sendirian di rumah, tiada satu cara pun untuk kanak-kanak tersebut melepaskan diri kerana pintu dikunci dan tingkap penuh dengan jeriji. Akhirnya ia menyebabkan kematian yang menyedihkan kerana terbakar di dalam rumah yang "sangat selamat".

 4) Untuk kediaman jenis bertingkat (flat, apartmen dan kondo), apa langkah keselamatan yang perlu diutamakan?

Bercakap mengenai kediaman bertingkat, ada beberapa perkara yang perlu dititikberatkan. Antaranya adalah :

Pembinaan Slab Unjuran Dan Kotak Tanaman Di Sebalik Balkoni :
Di setiap bukaan tingkap, perlu ada unjuran atau balkoni. Di sebalik balkoni pula boleh diwujudkan kotak tanaman konkrit. Ini bagi mengelakan kecelakaan seperti kanak-kanak terjatuh terus ke tingkat bawah tanpa sekatan. Sekiranya terdapat slab unjuran di bawah tingkap dan kotak tanaman di sebalik luar balkoni, kemungkinan untuk kanak-kanak jatuh terus ke bawah dapat dielakan. Ia mungkin boleh terselamat kerana terjatuh atau tersangkut di unjuran dan kotak tanaman tersebut.


 


Rekabentuk Pagar Keselamatan:
Sekiranya merekabentuk pagar atau grill di mana-mana bahagian di rumah jenis bertingkat, elakan menggunakan rekabentuk melintang. Ini kerana rekabentuk melintang memudahkan kanak-kanak memanjat seperti tangga. Cara terbaik adalah membina jeriji grill tersebut secara menegak dan rapat. Ia mengelakan kanak-kanak dari memanjat. Namun perlu dipastikan jarak antara jeriji tidak terlalu besar sehingga boleh melepasi saiz kanak-kanak yang merangkak. Justeru itu dinasihatkan agar 500mm yang pertama dibina dengan slab konkrit terlebih dahulu, berikutnya di bina dengan jeriji mengeak.



Tempat membuang sampah:
Ada rumah bertingkat yang dibina lubang sampah dari setiap tingkat secara menegak dari atas hingga ke bawah terus ke rumah sampah di tingkat bawah. Oleh itu perlu berhati-hati dalam pembinaan lubang sampah ini. Sistem yang digunapakai hendaklah menyukarkan kanak-kanak dari boleh masuk ke dalam lubang ini dan menyebabkan jatuh ke bawah secara terus.





5) Adakah pemasangan penggera keselamatan atau CCTV perlu untuk mereka yang mempunyai anak kecil?

Ya, jika mempunyai budget, ibu bapa boleh memasang penggera keselamatan dan CCTV di setiap ruang bagi menjejak keselamatan anak-anak sekiranya tidak dapat bersama mereka di ruang tersebut pada ketika itu. Ia juga membantu mengenalpasti kedudukan anak terutamanya anak-anak yang aktif dan suka mencuba perkara baru secara sembunyi dan perlahan-lahan. Selain itu, sistem ini dapat membantu memberitahu akan kedatangan orang asing ke rumah tanpa diundang.


KHAIRUNNISA HAMZAHARA
Ijazah Sarjana Muda Senibina UTM, Skudai
Perekabentuk Kediaman
Arkitek Graduan Berdaftar Dengan Lembaga Arkitek Malaysia
Penulis Blog Panduan Untuk Kediaman Idaman
(http://khairunnisahamzahara.blogspot.com)
khairunnisahamzahara@gmail.com
whatsapp 0197720507


----------------------------------------------------------------------------------------------------------



Dapatkah khidmat rekabentuk 3d kediaman di sini:  http://rekabentuk3donline.blogspot.com/



Dapatkan ebook rahsia, tips dan panduan di sini:

Ebook Rahsia Teknik Branding Untuk Diri dan Perniagaan : http://rahsiabranding.blogspot.com/


Dapatkan Ebook Panduan Kediaman Pertamaku di sini:




Monday 5 January 2015

DAPATKAN DIARI IBU 2015 IAITU MOM PLANNER VERSI IBU SEPENUH MASA BERCIRIKAN ISLAMIK



DIARI IBU 2015
(MOM PLANNER VERSI IBU SEPENUH MASA BERCIRIKAN ISLAMIK)

Alhamdulillah,
Seperti yang dijanjikan,
Kini saya buka Pre-Order
RM25 sahaja sah sehingga Jumaat ini (9 Jan 2015).
Ia berbentuk PDF.
Download dan print untuk gunakan ia.
(Harga Asal RM45)
Boleh war-war kan kepada rakan-rakan lain yang mencari dan memerlukannya

Untuk Order, boleh isi borang tempahan online di sini:
http://khairunnisahamzahara.blogspot.com/p/borang-tempahan.…

KHAIRUNNISA HAMZAHARA
Senibina Kehidupan Di rumah
working at home mom
http://khairunnisahamzahara.blogspot.com
whatsapp : 0197720507