Tuesday 8 July 2014

Rekabentuk Penambahan Ruang Dapur (Renovate- kitchen extension)


Teks: khairunnisa hamzahara

Alhamdulillah, semalam Allah berikan kesempatan untuk saya siapkan tempahan rekabentuk ubahsuai dan penambahan ruang dapur untuk rumah klien online saya yang dikenali melalui email dan whatsapp sahaja.

Puan ini telah memiliki sebuah rumah banglo dan sedang berpantang di kampung. Sambil dalam pantang, beliau google tentang idea-idea ubahsuai kediaman lalu berjumpa dengan blog Panduan Untuk Kediaman Idaman. Katanya, kalau boleh beliau mahu duduk segera di rumah tersebut selepas raya dan habis pantang. Sebelum duduk, beliau ingin besarkan ruang rumahnya.

Menurut puan ini, rumahnya mempunyai lebihan tanah 20 kaki di bahagian belakang. Oleh itu, beliau mahu menambah ruang binaan di belakang rumah sebagai ruang dapur. Manakala ruang dapur sedia ada yang disediakan oleh pemaju akan dijadikan ruang keluarga. Seronoknya rumah bertambah besar ;)

ini adalah pelan asal rumahnya. tanda merah itu adalah ruang dapur asalnya yang mahu dijadikan ruang keluarga. ruang dapur mahu ditambah di belakang rumah
ini adalah rupa luaran rumahnya di di scan dan di email oleh tuan rumah kepada saya


 Ini message permintaan dari puan berkenaan:


Alhamdulillah saya dapat menyiapkan rekabentuk dalam masa yang dijanjikan walaupun terlewat satu hari. Almaklumlah masa berpuasa ini banyak ke rumah mak ayah, jadi terlari sedikit jadualnya.

Bagaimana rekabentuk penambahan ruang yang saya lakukan untuk bahagian dapur rumah puan ini?

Keluasan Ruang Tambahan
Rekabentuk untuk renovation dapur rumah ini dilakukan pada ruang penambahan di tanah belakang rumah sebanyak 10 kaki walau secara keseluruhannya jumlah keluasan di tanah belakang adalah 20 kaki.

10 kaki lagi dibiarkan tanpa binaan untuk mengelakan sebaran kebakaran (jika berlaku kebakaran pada rumah jiran /bangunan belakang)

Ia juga bagi membolehkan pakaian di sidai dengan elok di bahagian belakang tanpa menjejaskan pandangan tetamu yang hadir di rumah di sebelah tepi rumah. Tembok privasi dinaikan bagi megelakan pandangan secara terus oleh jiran belakang rumah.

Awas, jangan tambah dapur sehingga hujung sempadan!

Kebiasaannya pemilik kediaman gemar membuat penambahan ruang dapur mereka sehingga hujung garisan sempadan tanah mereka. Ini sebenarnya membahayakan keselamatan penghuni rumah tersebut. Kerana jika rumah jiran berlakang bertemu dengan dapur rumah kita terlalu dekat, kemungkinan jika berlaku kebakaran dari rumah jiran tersebut, apinya mudah melompat ke rumah kita pula. Nauzubillah. Jika rumah teres, binaannya telah disiapkan dengan dinding pemisah pencegah kebakaran. sebab itu satu unit sahaja hangus terbakar jika berlaku kebakaran.

Lain pula jika belakang rumah ada jalan. Jika dapur sehingga hujung sempadan dan betul-betul di tepi jalan, apa akan jadi jika berlaku kemalangan di mana lori atau motor atau kereta terbabas? pastinya pecah dapur kita. Kalau mak kita tengah masak di dapur? Nauzubillah. Minta dijauhkan.

Jadinya, elakkan sambung rumah sampai hujung sempadan. Dah cantik dah undang-undang buat , tepi kiri kanan dan belakang minimum 10 kaki tanpa binaan. Buatlah taman ;) 

Puan ini memang bagus kerana beliau setuju untuk kosongkan sedikit ruang di belakang rumah atas tujuan keselamatan. Oleh itu, saya design kan sedikit ruang belakang sebagai ruang sidai baju, taman dan pergola untuk minum petang di belakang rumah ;)


Lokasi Ruang Bilik Air di kekalkan, tapi perlu ada pencahayaan
Kedudukan lokasi bilik air saya kekalkan seperti yang diminta.
Namun, untuk bilik air perlu ada minimum 10% bukaan untuk pencahayaan dan pengudaraan.
Oleh itu saya wujudkan lubang courtyard sebagai pemancar cahaya dan untuk keluar masuk udara.

Courtyard a.k.a Taman herba mini
Di bawah bukaan lubang courtyard ini boleh dibuat mini taman herba untuk menanam tanaman seperti daun kari, daun sup dan sebagainya. Jadi mudah untuk mengambil bahan ini tanpa perlu keluar rumah dan memakai tudung untuk memetiknya kerana ia di dalam rumah.

Bar kaunter
Di bahagian dapur dan ruang keluarga, saya wujudkan bar kaunter sebagai pemisah ruang, namun ia boleh dijadikan untuk kaunter breakfast dan meja berbual ketika ibu sedang masak dan anak2 balik pulang ke sekolah untuk berborak atau untuk suami bercerita ketika isteri memasak.

Stor a.k.a bilik utility
Stor pula di alih kan ke belakang seperti yang diminta. pencahayaannya juga diterima dari courtyard. Bilik stor ini boleh dijadikan bilik pelbagai guna. Boleh juga dimuatkan mesin basuh pakaian dan dijadikan bilik sistem pengurusan pakaian dengan dilengkapi bakul baju kotor,  iron board, dan kabinet.(sistem laundry)

cadangan ruang tambahan pada pelan asal rumah




Dalam banyak-banyak perkara, yang paling menggembirakan hati saya sehingga boleh tidur nyenyak apabila menerima message dari klien sebegini:



Sampai di sini dahulu perkongsian tentang renovation ruang dapur pada kali ini. Saya pasti ramai di luar sana tak sabar nak extend dapur masing-masing. Namun, dalam keghairahan menambah ruang dapur, pastikan 3 perkara:

1. susunatur keselamatan ruang
2. susunatur praktikal ruang
3. pencahayaan dan pengudaraan ruang

Salam kasih sayang dan selamat berpuasa,
KHAIRUNNISA HAMZAHARA
senibina kehidupan di rumah
Pengasas Rekabentuk 3d online
(www.rekabentuk3donline.com / http://rekabentuk3donline.com)
--------------------------------------------------------------------------------------------------

Bagi mendapatkan rekabentuk ruang untuk kediaman masing-masing juga, boleh hubungi penulis di email : khairunnisahamzahara@gmail.com
whatsapp: 0197720507
official facebook : Khairunnisa Hamzahara

* Prosuder akan di terangkan kemudian
*atau boleh layari www.rekabentuk3donline.com / http://rekabentuk3donline.com

Thursday 3 July 2014

Rekabentuk Design Ruang Makan dan Ruang Tamu bagi rumah jenis apartment dan flat

Teks: khairunnisa hamzahara



KEADAAN ASAL (SEBELUM)


IDEA BARU (SELEPAS)


Alhamdulillah. Tahniah saya ucapkan kepada Sis Ayeen yang hanya bersua melalui message di email sahaja :) kerana telah pun peroleh design untuk makeover ruang tamu dan ruang makan untuk kediamannya semalam.

KABINET TV BERPANEL BOLEH PUSING

Bagi menjadikan ruang kediamannya penuh berfungsi dan berkait satu sama lain, Kabinet tv dengan panel board tv yang boleh dipusing antara dua ruang, direkakan di tengah antara dua ruang ini. 

KAUNTER BAR

Bahagian dinding ke dapur pula ditebuk untuk dijadikan bar kaunter.

Oleh itu, ruang antara ruang tamu, ruang makan, ruang dapur dan ruang balkoni saling berhubung dan berkaitan.

Kerana apabila mempunyai ruang rumah yang berskala kecil, sebaiknya manfaatkan keseluruhan ruang. Bukan dengan cara menyempitkannya tetapi menjadikan setiap sudut berfungsi dan saling berhubungkait ;)

Konsep Design:




Moden Minimalis
Manfaatkan ruang

1)Kabinet TV:

Wujudkan Kabinet TV di tengah antara dua ruang
Kabinet TV ni boleh pusingkan tv untuk dua arah, (dining dan living)

2) Kaunter Bar

Wujudkan kaunter bar pada dapur dan ruang makan.
Tebuk lubang dapur
Letakan meja/kabinet bawah (boleh simpan pinggan mangkuk untuk hidang tetamu)

3) Hiasan Dinding

Untuk serikan rumah wajib ada hiasan dinding ;)

1. Painting - letakan lampu downlight pada painting
2. Cat dinding -hanya fokus pada 1-2 dinding sahaja
3. Gambar Family - letak pada ruang makan, pelbagai saiz frame
4. Cermin - Di pintu masuk penuhkan dengan cermin untuk wujudkan pandangan lebih luas. Di dinding masuk ke bilik tidur utama juga letakan cermin penuh satu dinding
5. Wallpaper - letakan wallpaper pada living hall dan di sudut gantung jam dinding.

4) Saling Berhubung
Hubungkan Balcony dengan ruang tamu, ruang tamu dengan ruang makan, ruang makan dengan ruang dapur. Perlu saling hubung satu sama lain.

Di bawah adalah gambar IDEA dan CADANGAN dan disertakan sekali gambar SEBELUM (keadaan sedia ada)

SEBELUM


SELEPAS



Semoga sis ini gebira dengan design yang telah dihasilkan khas buat kediamannya. Saya doakan agar sis ini berjaya merealitikan design ini untuk menjadikan kediaman idamannya menjadi realiti.

Mudah bukan, hanya berhubung 100% secara online, sis ini telah dapat design untuk ruang tamu dan ruang makannya. Bagi anda yang juga turut ingin mendapatkan design khas untuk ruang di kediaman, boleh hubungi saya untuk mengetahui cara-caranya. InsyaAllah selagi boleh, saya akan membantunya.

InsyaAllah saya akan kongsikan lagi design terbaru selanjutnya akan datang.
Salam sayang dan selamat berpuasa.

Khairunnisa Hamzah
Senibina Kehidupan Di Rumah
 whatsapp : 0197720507
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Bagi mendapatkan rekabentuk ruang untuk kediaman masing-masing juga, boleh hubungi penulis di email : khairunnisahamzahara@gmail.com
whatsapp: 0197720507
official facebook : Khairunnisa Hamzahara

* Prosuder akan di terangkan kemudian
*atau boleh layari www.rekabentuk3donline.com / http://rekabentuk3donline.com