Tuesday, 28 October 2014

TEMPAHAN REKABENTUK LOTENG MENJAHIT DI RUMAH TERES SETINGKAT

Teks: khairunnisa hamzahara

Alhamdulillah,
Selesai menyiapkan rekabentuk hiasan dalaman ruang kediaman yang ditempah oleh sahabat FB di sini. Menariknya tempahan yang dibuat, selain menempah rekabentuk ruang tamu, ruang kedua dan ruang makan, pemilik juga mahu merekabentuk loteng di bahagian bilik kedua di rumahnya yang biasanya di rumah teres satu tingkat akan ditinggikan siling untuk menerima pencahayaan dari lubang air well. Di ruang loteng ini, pemilik mahu jadikan ruang untuk menjahit kerana di rumah pemilik penuh dengan mesin menjahit dan perkakas jahitan. Di sini, saya sertakan beberapa imej rekabentuk, selebihnya akan dikongsikan di entry yang seterusnya.

* Tutup program design, seterusnya buka pula microsoft word untuk menyediakan artkel tentang kediaman untuk Majalah Era Muslimah bagi keluaran seterusnya. Mak buyong sedang pecut laju menyiapkan tugasan

*Ebook Tips Ibu Boleh Bekerja dan Berkarya Dari Rumah InsyaAllah akan mula diedarkan pada mereka yang menempah pada 15 NOV 2014. Teruskan berusaha!

NOTA: Maaf sekiranya admin tidak membalas message. Boleh terus hubungi perekabentuk, Pn.Khairunnisa di talian whatsapp 0197720507 untuk sebarang tempahan.





Friday, 17 October 2014

Dunia Arkitek Kini Di Laman Maya, DI MAJALAH NUR


Teks: khairunnisa hamzahara

Terima kasih kepada kru Majalah Nur kerana membuat perkongsian ini di majalah mereka terbitan Ogos 2014 yang lalu. 

TIPS IBU BOLEH BEKERJA DAN BEKARYA DARI RUMAH

Teks: Khairunnisa Hamzahara

Sayu rasanya membaca message di whatsapp, email, facebook dan handphone yang mana ramai sangat ibu-ibu yang ingin berhenti kerja dengan majikan dan menjana pendapatan dari rumah bagi membolehkan masing-masing menguruskan kebajikan anak-anak dan rumahtangga.
4 tahun memendam rasa, 4 tahun itu juga tak keruan mencari pencerahan, ilmu dan jalan kembali ke rumah setelah bergelar penjawat awam akhirnya Allah swt memberikan kekuatan dan menunjukan satu persatu langkah demi langkahnya.
Pelbagai liku dilalui sepanjang merancang perletakan jawatan, ketika meletak jawatan, dan sesudah meletak jawatan. Apabila di rumah juga bila bersendirian, boleh jadi mati akal. Apatah lagi kemudian menerima cakap-cakap dari jiran, keluarga dan sanak saudara.
Alhamdulillah, 2 tahun kemudian, bukan sahaja dapat menempuh liku-liku sepanjang sepenuh masa di rumah walau bergelar wanita berijazah, namun kehidupan bertambah baik dan baik. Benar janji Allah, bagi setiap mereka yang menjaga anak-anak syurga maka dibukakan banya pintu rezeki kepadanya. Tak kira rezeki kesihatan, wng ringgit, kasih sayang dan juga beribadah , semuanya lebih baik berbanding keluar bekerja dengan majikan dari subuh hingga senja dahulu.
Perkongsian tips, motivasi, langkah, kisah dan pelbagai lagi dimuatkan dalam EBOOK ini. Namun....
TUNGGUUU!!
Ia masih dalam pembikinan. InsyaAllah akan dikeluarkan pada bulan NOVEMBER 2014.
Bagi mereka yang membuat pembelian PRE ORDER akan mendapat ebook ini dengan nilai RM45 sahaja. Ebook akan diterima pada 15 NOVEMBER 2014 nanti



untuk pembelian, boleh isi borang tempahan di sini: 
atau whatsapp:
0197720507
(Pn.Khairunnisa)